Wednesday 10 June 2015

Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita Jika Tidak Mahu Terjun Neraka






Perkara yang perlu dijaga oleh wanita Jika Tidak Mahu Terjun Neraka.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Petikan dr {Kami bersama Ulamak - KBU}

Akibat Terlalu Kacak, Lelaki ini Dihalau


Kesian 3 lelaki ni kerana di halau kerana pengunjung kata mamat ni terlalu kacak sangat. Sampai begini sekali ye orang mereka di sana.


Dubai: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu ‘kacak’ untuk tinggal di negara berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit.
Bimbang pengunjung wanita

“Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka,” lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph.
Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka.


Subhanallah. Makkah Dan Madinah Paling Terang Dilihat Dari Angkasa Lepas



Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.


Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. SubhanAllah…


Wallahua’lam…

Akibat Tidak Menghormati Azan Di Padang Golf



Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak. ”

Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.


Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.

Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.


Wallahua’lam….

Kisah Tahi Hidung dan Kepentingannya



Awas - Elakkan Membaca Cerita Ini Jika Anda Seorang Yang PENGGELI

Cerita ni adalah ketika aku dalam tingkatan 1 lagi di sebuah sekolah menengah untuk mereka yang mendapat keputusan yang tidak bagus dalam UPSR (oppss) . Di hujung corner terdapat seorang guru sedang membacakan buku teks dengan suara yang sgt lantang. Murid muridnya kyushuk mendengarnya.
guru itu membaca sepatah2 perkataan…aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan..aku di ancam mengantuk..untuk mengelakkan aku jatuh tidur..aku me’lombong’..

Supian(macam nama sebenar) juga dalam posisi boring gila..dengan tangan menongkat dagu...matanya memandang pada belakang Fatimah(bukan nama sebenar)..sesekali air liurnya meleleh…aku menahan ketawa bila melihat dia terkejut manusia kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja….

“Kau nak tengok ‘pedang’ kecil tak?”

bisik aku perlahan ke telinganya..

“mana?”..tanya dia, nampaknya seakan berminat.

Lalu aku meletakkan ‘pedang’ kecil di hujung jarinya..dia mendekatkan ‘pedang’ kecil itu ke matanya..dia menilik berkali2, sesekali menggetel ‘pedang’ kecil itu..

‘Pedang’ kecil itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..

“pedang…?” aku terdengar suaranya berbisik sambil matanya di bulat2kan sebesar2nya sambil mendekatkan lagi ‘pedang’ kecil itu ke matanya..
tiba2 dia menjerit dengan kuatnya:

TAHI HIDUNG!!!!!

Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas di siluputi kejutan…
Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takde apa2…
“kenapa kamu menjerit: tahi hidung?” Tanya cikgu..
aku menahan ketawa..air mata berahi meleleh dipipiku..lawak..sengguh lawak…
dan si supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!
Supian, kiranya kau terbaca blog ini..aku nak mintak maaf sangat2..Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf lagi…

Maafkan aku kawan
Maafkan aku wahai makhluk tuhan…

(moral: bila korang gentel tahi hidung, ianya terbentuk seakan2 sebilah pedang)

NIKMAT KOREK HIDUNG

Korek hidung adalah di antara nikmat Allah pada manusia…baru jap tadi aku korek hidung..aku terfikir..:

apakah tujuan dan rahsia Tuhan menciptakan tahi hidung?..lalu timbul soalan..

-benarkah tahi hidung rasanya masin?

-Bagaimanakah sunnah mengorek tahi hidung?

-Jari manakan yg lebih afdal?

-Apakah hukumNya mengorek hidung dalam masjid?

Semua soalan2 tu aku tak tahu jawapannya..oh..betapa jahilnya aku…kepada korang yg tahu, silalah bagitahu-OK!

Masa aku kecik..aku cukup suka korek hidung..aku rasa kecewa bila tahi dalam hidung habis…dan bila aku tahu dalam shurga boleh mintak apa saja..aku yg berumur 10 tahun waktu tu..bercita2 apabila masuk shurga nanti ingin dikurniakan hidung yg tahi hidungya tak pernah habis-habis..maka bolehlah aku korek hidung puas-puas ha ha ha ha!
Sekali Allah bagi ilham pada aku…akan tujuan di ciptaNya tahi hidung..
Jeng jeng jeng!

RAHSIA DI SEBALIK TAHI HIDUNG

Korang perasan tak? Tahi hidung ni datang dari mana?..
Dari habuk2 yg bertebangan dan terlekat di bulu2 hidung yg mana setelah berkumpul lama atau lama- kelamaan, maka akan terbentuklah makhluk yg dinamakan tahi hidung…(maaf, aku jahil sains, aku aliran vokasional…mungkin tak tepat, penerangan ini..oh)…

Apa yg aku nak bagitahu adalah , ada makhluk yg tak dapat korek hidung walaupun tahi hidung penuh dalam hidungnya…siapakah makhluk tu?

itulah mayat!, yg mana bila masuk dalam kubur, tanah akan masuk ke dalam setiap rongga tubuhnya..bermakna, apabila korang korek hidung, itu bermakna korang masih hidup, masih boleh buang tanah yg masuk dalam hidung..dan masih sempat untuk buat amal soleh!

Jadi time korang korek hidung tu..ucapkanlah..

“alhamdulillah, hari ni masih sempat aku korek hidung..masih sempat aku buat amal kebaikkan..akan tiba nanti, bila hari aku menjadi mayat..aku dah tak boleh korek hidung..oh..hambaMu bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..oh…(amin)”

3 JENIS MAYAT

bercerita pasal mayat, tahukah korang bahwa ada 3 jenis mayat dalam dunia ini…2 di antaranya memang kita akan jadi, dan satu di antaranya tak boleh jadi..err..maksud aku, memang celaka bila jadi mayat yang ketiga tuh!memang kecelakaan dalam hidup di dunia dan akhirat jika jadi mayat no 3 tuh…apakah 3 jenis mayat2 itu?

Jenis Mayat Pertama:

Mayat kekal.

Ni semua org akan jadi, macam selalu aku cakap:

Semua orang akan menjadi Mayat . Kalau korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin, korang akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang!Ha Ha Ha!

Ada dua cara nak tahu hakikat mayat kekal ini..:

1-kalau tangannya dalam keadaan sedang mengengam, cuba korang lurutkan tangannya perlahan2..maka korang akan dapati tangannya akan terbukak terus dan tak akan mengengam lagi, mengikut teori sains, keadaan ini berlaku disebabkan motor2 pada otot tangannya telah terputus hubungan dengan otak yg mana sel2 otaknya telah mati akibat tiada mendapat darah/udara yg sepatutnya di hantar oleh jantung disebabakan jantung juga telah berhenti berdenyut..bla bla bla (jangan ponteng kelas sains), akan tetapi mengikut pakar ugama bahawa, tangannya terbukak terus apabila dilurutkan adalah kerana hatinya sudah tidak cinta lagi kepada dunia…senang cakap: kau nak harta aku?,..ambiklah..aku dah jadiiiii mayat.(pun).

2.cara kedua nak tahu mayat ni kekal atau tidak, korang sepak punggungnya sekuat2 hati korang..kalau tak bangun gak..memang sahlah bahawa sipulan adalah mayat kekal.

Jenis Mayat kedua

Mayat sementara

Ni pun semua org akan jadi, bila kita letih..mata mengantuk, aku nak tidur..ha! tidur adalah saudara kepada mayat…org yg tidur adalah mayat sementara..hari2 korang bersaudara ngan mayat, buat donno jer..ingat! org yg paling bijak adalah org yg mengingati mayat, er..maksud aku: mengingati mati.

Ada dua cara nak tahu hakikat mayat sementara ini..:

1-kalau tangannya dalam keadaan sedang mengengam, cuba korang lurutkan tangannya perlahan2..maka korang akan dapati tangannya akan kembali mengengam, mengikut teori sains, keadaan ini berlaku disebabkan motor2 pada otot tangannya masih membuat hubungan dengan otak yg mana sel2 otaknya masih hidup akibat mendapat aliran darah yg lancar di hantar oleh jantung yg masih berdenyut..bla bla bla (jangan ponteng kelas sains), akan tetapi mengikut pakar ugama bahawa, tangannya kembali mengenggam apabila dilurutkan adalah kerana hatinya masih cinta kepada dunia…senang cakap: kau nak harta aku?,..nak mampos, ambiklah..langkah mayat aku dulu!ha ha ha!

2.cara kedua nak tahu mayat ni sementara atau tidak korang sepak punggungnya sekuat2 hati korang..pasti bangunlah sipulan ini..ha ha ha! .nak lebih best, korang pijak kepala dia…dah azan subuh pun masih tak bangun!!!!

Nota: Sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku ketika korang menjalankan eksperimen di atas adalah bukan tanggung jawab penulis..harap maaf, he he he.

Jenis mayat ketiga

Hati mayat..

Dalam hadith bagitahu ‘hati mati’..ni paling bahaya..sebab, walaupun ustaz ceramah atau aku yg bukan ustaz tulis panjang berjela2, tapi kalau hati dah jadi mayat, sedikitpun tak akan bagi kesan..kerana peringatan itu hanyalah bermanfaat untuk org2 yg beriman…org cam gini kalau Nabi sendiri datang dan bagi peringatan pun, hatinya tetap akan menolak..macam abu jahal, macam firaun, Haman, Namrud, Qarun dan macam setan!!!

Antara ciri2 org yg hatinya mati adalah mempunyai pendirian salah yg tetap…aku ulangi:

MEMPUYAI PENDIRIAN(salah) YANG TETAP…

Macam abu jahal, bila Nabi Allah belah bulan atau buat batu lahirkan unta…apa dia cakap?

“Oh..hebatnya sihir engkau,”

“Itu sahaja?”

Orang yg hatinya mati, bila ada makhluk Tuhan yg tampil untuk tegur dia, maka dia mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka dia membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!

Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…! inilah tanda hati yg mati..(oh..Tuhan, selamatkanlah kami dari penyakit hati)

Setiap org perlu kepada “penyedar”…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada ‘penyedar’..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi ‘penyedar’ aku…oh..terharunya..

Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…

Jadi hari ini penyedar korang bukanlah aku, tapi adalah tahi hidung..ha ha ha!

“Ya Allah, Tuhan yg membolak balikkan hati manusia… janganlah kau matikan hati kami, setelah Kau beri petunjuk..tolonglah kami Ya Allah”

PS - Alhamdulillah, hari ini aku masih sempat lagi mengorek hidung, masih lagi sempat menjetik tahi hidung ke tanah, masih sempat lagi mengorek hidung. …masih sempat aku buat amal kebaikkan..akan tiba nanti, bila hari aku menjadi mayat..aku dah tak boleh korek hidung..aku dah tak boleh buang tanah dari hidung..oh..hambamu bersyukur dengan nikmatMu ini ya Allah..oh…(amin)”

Sebelum tu admin nak tanya benarkah tahi hidung rasanya masin? Jawab please